Listen to Quran

Tuesday, June 29, 2010

tahlil akhbar kembali lagi

setelah sekian lama tahlil akhbar menyepi
kini program tersebut kembali

program tersebut akan diadakan pada 30-31-julai 2010.
bertempat di sekitar kawasan Ma'ahad
(sabtu malam adalah malam kemuncak)

pada kali ini, tahlil akhbar lebih berseri kerana dengan keadaan kawasan yang
lebih teratur dan efisyen serta banyak kelengkapan telah disediakan untuk pelajar mahupun para tetamu yang berkunjung

antara kemudahan yang disediakan ialah beberapa wakaf, kenderaan, kawasan rehat serta lain2

tantetif program:

30 julai
-selepas solat subuh - bacaan ayat suci al-quran bermula.
-berhenti solat zohor - bacaan ayat suci al-quran disambung.
-berhenti solat asar - bacaan ayat suci al-quran disambung.
-berhenti solat magrib - bacaan ayat suci al-quran disambung.
-berhenti solat isyak - bacaan ayat suci al-quran disambung.
-12.00 malam - bacaan ditunda.


31 julai
-selepas solat subuh - bacaan ayat suci al-quran disambung.
-berhenti solat zohor - bacaan ayat suci al-quran disambung sehingga khatam.
-berhenti solat asar - bacaan nama-nama yang dikirim.
-solat maghrib - berarak dari masjid ke Ma'ahad.
- pelajar menmbaca ayat suci al-quran.
-solat isyak - program disambung dengan tazkirah dan penyampaian sijil.
-jamuan.
-program ditangguh/tamat/


seperti tahun-tahun yang sudah, pihak ma'ahad seperti biasa akan menjemput sohibus samahah yang berbahagia dato' majid omar timbalan mufti selangor

bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai program tersebut
bolehlah berhubung terus dengan pihak ma'ahad atau ajk ditalian:

mudir ma'ahad
ustaz haji nurhamim bin jaelani 013-3374459
ustaz rohaizad bin mustafa 012-3886906
mohd khider bin samuji 017-2907076
hud abdul rauf 019-2624196

sepintas lalu mengenai Tahlil Akhbar:

tahlil akhbar adalah tahlil yang dibaca bersama-sama ayat suci al-quran (dibaca secara hafazan oleh tuan2 guru)sehingga tamat(khatam), dalam pada masa yang sama,sebelum memulakan tahlil tersebut,pihak penganjur akan memulakan dengan membaca nama-nama arwah yang dikirim oleh peserta kemudian barulah disambung dengan bacaan ayat suci al-quran.

setelah selesai bacaan ayat suci tersebut,barulah disambung dengan bacaan tahlil.setelah selesai bacaan tahlil,nama-nama arwah akan disebut semula untuk bacaan doa.setelah selesai majlis berehat.

majlis disambung semula selepas solat maghrib dengan memperdengarkan ayat suci al-quran oleh para pelajar yang telah tamat pengajian sehingga solat isyak. setelah selesai solat isyak,para pelajar tadi akan diarak dari masjid hingga ke dewan.majlis disambung dengan sedikit ucapan dari mudir dan wakil ibubapa.setelah selesai,masjlis menjemput yang berbahagia memberikan sedikit tazkirah dan diakhiri dengan penyampaian sijil.majlis disudahi dengan jamuan dan bersurai....
beramai-ramai

No comments:

Post a Comment