Listen to Quran

Tuesday, January 19, 2010




baru-baru ini pihk ma'ahad telah meng-upgridkan banyak kemudahan dalam bentuk pembangunan dan pengangkutan, serta menaik taraf pusat pengajian
dan menambahbaik tempat-tempat pengajian dengan menambah wakaf serta dewan makan yang baru.tidak terketinggalan juga, produk terbaru iaitu tempe sira(makanan ala jawa) yang telah di pasarkan di kawasan yang berdekatan

Tuesday, January 12, 2010

Salam,

banyak pengajaran yg boleh diambil dr petikan di bawah.

saya teringat satu kata2 seorang tua kepada saya bahawa rosaknya seseorang anak semuanya adalah disebabkan perbuatan ibubapanya sendiri. kemudian saya bertanya: tidakkah pengaruh luar rumah sangat menakutkan sekarang ini. inilah yang banyak mempengaruhi tumbesaran mereka? namun dia membalas dengan kata-kata: sesungguhnya ibubapanya lah yang membentuk ketahanan jiwa anaknya dalam berhadapan mehnah di luar sana.

ramai ibubapa mengatakan bahawa mereka telah berusaha mendidik anak2 mereka dengan baik dan tidak pernah mengajar anak2nya melakukan sebarang kejahatan. tetapi, tanpa sedari mereka jarang sekali membimbing anak2 bagaimana untuk berhadapan dengan cabaran dan dugaan hidup sebenar. sebenarnya, kebanyakan mereka mengajar anak secara "spontan", apa yang berlaku pada hari itu, itulah yang ditegurnya - itu sahaja!

soal kesuntukan masa bukan perkara utama. paling penting, bagaimana kita menggunakan masa berkualiti bersama anak2. ada anak2 yang cukup rapat dengan ibubapanya walhal ibubapanya sering keluar bekerja siang dan malam. antara cara yang digunakan ialah memberi perhatian akan kewujudan anak2 tatkala bersama walaupun sebentar. menyorokkan rasa penat (melayan karenah anak2) dan luangkan masa berbincang dengan anak2 walaupun ketika itu kita sibuk melakukan sesuatu kerja (contohnya semasa memasak atau menguruskan anak yg masih kecil) - iaitu buat kerja 2 in 1.

kadang2 bagus juga jika kita (saja2) bertanya pendapat anak2 tentang kerja kita di ofis. tujuannya agar mereka lebih memahami ibubapa - dgn anak sekecil 4 tahun pun boleh (tetapi pandai2lah kita memilih isunya).

satu lagi yang amat penting tetapi cukup jarang dilakukan oleh ibubapa terhadap anak2 remaja ialah belaian dan sentuhan. sebenarnya, sentuhan mempunyai kesan yang cukup mujarab dalam memberi ketenangan dan kepercayaan dalam diri anak2. walau sesibuk manapun kita, berilah pelukan atau sentuhan kepada anak2 setiap hari terutamanya diperingkat anak2 sedang meningkat remaja. Golongan bapa pun digalakkan melakukan perkara yang sama. jangan sekadar mengharapkan isterinya sahaja. mungkin kaum bapa boleh sekadar peluk2 bahu anak lelakinya (berjalan sambil membahu) atau membiasakan anak perempuan lentok di kepala lutut si bapa semasa duduk di kerusi - ini sekadar pandangan saya sahaja; kesan daripada melihat kejayaan ibubapa lain merapatkan diri anak2 kepada mereka

Wednesday, January 6, 2010

Sesungguhnya Allah SWT telah mengeluarkan kita melalui Islam daripada pelbagai kegelapan dan kesesatan menuju cahaya yang terang benderang. Dengan Islam Allah SWT telah menjadikan kita sebagai umat yang mulia dan perkasa, yang disegani serta menjadi rujukan oleh semua umat manusia. Untuk itu, kita mesti berusaha untuk menjadi umat yang seperti itu, dan kekal tetap seperti itu, kita harus beristiqamah dengan apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah kepada kita. Allah SWT berfirman:

“Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat-nikmat Allah yang dikurniakan kepadamu ketika kamu dahulu (zaman jahiliyah) saling bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hati-hati kamu lalu menjadilah kamu melalui nikmatNya itu orang-orang yang bersaudara.” (TMQ Ali Imran [3] : 103)

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, oleh kerana itu damaikanlah antara kedua-dua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” (TMQ Al-Hujurat [49] : 10)


Rasulullah SAW bersabda:

“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam saling mencintai, menyayangi, dan mengasihi antara sesama mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila ada sebahagian daripada anggota tubuhnya yang sakit, maka ia akan dirasai oleh bahagian anggota tubuh yang lain, yang membuatkannya gelisah dan demam.” (HR Imam Muslim dan Ahmad)

Rasulullah SAW bersabda:

"Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain, ia tidak menzaliminya dan tidak menyerahkannya (untuk dizalimi).” (HR. Imam Bukhari)

Umar bin Khattab RA berkata:

“Kita adalah kaum yang telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam, barangsiapa yang mencari kemuliaan selain daripada Deen Allah, maka Allah akan menghina kita.” (HR At-Thabari dalam tafsirnya 13/478)


Oleh yang demikian, simbol, pemikiran, atau konsep apapun yang diambil selain daripada Islam, maka ia sekali-kali tidak akan mendatangkan manfaat atau kekuatan bagi kaum Muslimin. Sebaliknya hal itu akan membahayakan dan memperlemahkan mereka. Dalam hal ini, dalil-dalil syara’ dan fakta-fakta yang ada telah membuktikan segala-galanya. Oleh kerana itu, kaum Muslimin wajib untuk tidak menerima atau mengambil simbol, pemikiran, dan sistem kehidupan apapun selain Islam, di mana Islam adalah yang pertama dan selama-lamanya.


Kaum Muslimin wajib menolak dan melawan setiap simbol, pemikiran dan sistem kehidupan selain Islam. Kaum Muslimin wajib mengambilalih kekuasaan (untuk menggantikan) para penguasa yang redha dengan simbol-simbol kufur dan pelbagai pemikirannya, serta mereka menerapkan sistem kufur dan undang-undangnya.

Oleh kerana keberadaan para penguasa ini tidak mendatangkan apa-apa selain kekalahan demi kekalahan, bencana demi bencana, kelemahan demi kelemahan, dan kehinaan demi kehinaan, maka kaum Muslimin wajib memuhasabah dan mengubahnya sepertimana yang Allah perintahkan, untuk mengembalikan sistem Islam dalam kehidupan di bawah pemerintahan seorang Khalifah, iaitu Khalifah yang dibaiat oleh kaum Muslimin agar menjalankan roda pemerintahan berdasarkan kepada Kitabullah dan Sunnah RasulNya, dan agar Khalifah itu memimpin kaum Muslimin di medan jihad dalam rangka membebaskan kaum Muslimin dan negeri-negeri mereka daripada kekufuran dan kaum kafir (yang memerangi mereka). Seterusnya menyatukan pula seluruh kaum Muslimin dalam Daulah Khilafah, yang akan membawa bendera risalah Islam kepada seluruh umat manusia, untuk menyelamatkan mereka dari kebusukan dan kezaliman sistem akal buatan manusia menuju cahaya Islam dan keadilannya.


Allah SWT berfirman:

“Barangsiapa mencari selain Islam sebagai Deennya, maka sekali-kali tidak akan diterima daripadanya, dan dia di akhirat kelak termasuk orang-orang yang rugi.” (TMQ Ali Imran [3] : 85)

Tuesday, January 5, 2010

Dari Nawwas bin Sam’an al-Anshari r.a katanya.”Aku pernah bertanya
kepada Rasulullah SAW tentang erti kebajikan dan dosa. Sabda baginda:
”Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan dosa adalah
perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau
sendiri segan sekiranya perbuatanmu itu diketahui oleh orang lain.”

(Muslim)