Listen to Quran

Thursday, October 28, 2010

PROGRAM TANAH WAKAF MA'AHAD..

pihak ma'ahad mengalu-alukan tuan puan bagi pembelian tanah untuk meluaskan kawasan dan membina fasiliti yang diperlukan warga Ma'ahad

untuk makluman tuan/puan juga , Mesyuarat Jawatankuasa Ma'ahad dan Masjid Jamiul Ahmadi telah bermesyuarat pada 21 September 2010 telah mengambil keputusan untuk pembelian tanah tersebut yang telah ditawarkan terletak di antara Ma'ahad dan masjid.

keluasan tanah : 20400 kaki persegi
wakaf perkaki : 1" x RM 5.00 sahaja

pembayaran boleh dilakukan secara tunai ataupun melalui bank

atas nama

-MA'AHAD TAHFIZ AN-NUUR AL-ISLAMI
12-083-01-001772-7
Bank Islam

ataupun

Mybank (alumni / admin blog)
Mohd Khider bin samuji
162067492373

sebarang pertanyaan atau pembelian boleh berhubung terus kepada:

Ust. hj. Nurhamim bin Jaelani
013-3374459 (mudir)

Ust. hj. SodiqulAmin bin Jaelani
013-6024109

Ust. Rohaizat bin Mustafa
012-3886096

Ust Mohd Khider bin samuji
017-2907076 (alumni/admin blog)

Thursday, September 23, 2010

Abu Bakar As-Siddiq bkata:GELAP ada 5,PELITANYA 5.

1.Cinta kpd dunia adalh gelap.Pelitanya adalh tqwa.
2.Dosa adalah gelap.Pelitanya adalah taubat.
3.Kubur adalh gelap.Pelitanya bacaan Laailahaillallah Muhammad rasulullah.
4.Akhirat adalh gelap.Pelitanya amal soleh.
5.Jambatan di atas neraka adalh gelap.Pelitanya adalah yakin.(yakin kpd Allah,yakin adanya syrga & neraka & beriman kpd perkara yg ghaib serta tidak ada keraguan padanya).

Thursday, September 2, 2010

si pemakai cincin

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tetapi mengikut suka sahaja..

sunnah nabi jarang diikuti ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang khinzir , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung sebegitu banyak sekali...


Janganlah mempunyai niat untuk berkuku panjang , walaupun hanya 1 cm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak disebabkan makan bahan kotor yang berada di kuku jari ibunya semasa menyediakan makanan seperti menggaul makanan dll. perkara tersebut menyebabkan pelajaran akan susah diingati.

Percayalah.

bagi mereka yang masih tidak mempunyai pasangan. carilah pasangan yang bijak menjaga perilaku dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.


Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun dengan mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu sekiranya memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis 2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. maka mudahlah kita mendapat ridhaNya.

Monday, August 16, 2010

malam Tahlil Akhbar





malam yang menyeronokkan dan meriah. gambar yang sempat dirakam ketika majlis tersebut...insyaAllah akan datang akan di uploadkan lagi kenangan bersama...

Friday, August 13, 2010







tahlil akhbar telah pun berlangsung. majlis pada malam itu diserikan dengan kehadiran timbalan mufti Selangor serta beberapa orang kenamaan lain...seperti dijadualkan, pihak Ma'ahad mengucapkan ribuan terima kasih kepada para tetamu yang hadir...tidak lupa juga pihak penaja yang sudi menaja majlis tersebut...

Tuesday, June 29, 2010

tahlil akhbar kembali lagi

setelah sekian lama tahlil akhbar menyepi
kini program tersebut kembali

program tersebut akan diadakan pada 30-31-julai 2010.
bertempat di sekitar kawasan Ma'ahad
(sabtu malam adalah malam kemuncak)

pada kali ini, tahlil akhbar lebih berseri kerana dengan keadaan kawasan yang
lebih teratur dan efisyen serta banyak kelengkapan telah disediakan untuk pelajar mahupun para tetamu yang berkunjung

antara kemudahan yang disediakan ialah beberapa wakaf, kenderaan, kawasan rehat serta lain2

tantetif program:

30 julai
-selepas solat subuh - bacaan ayat suci al-quran bermula.
-berhenti solat zohor - bacaan ayat suci al-quran disambung.
-berhenti solat asar - bacaan ayat suci al-quran disambung.
-berhenti solat magrib - bacaan ayat suci al-quran disambung.
-berhenti solat isyak - bacaan ayat suci al-quran disambung.
-12.00 malam - bacaan ditunda.


31 julai
-selepas solat subuh - bacaan ayat suci al-quran disambung.
-berhenti solat zohor - bacaan ayat suci al-quran disambung sehingga khatam.
-berhenti solat asar - bacaan nama-nama yang dikirim.
-solat maghrib - berarak dari masjid ke Ma'ahad.
- pelajar menmbaca ayat suci al-quran.
-solat isyak - program disambung dengan tazkirah dan penyampaian sijil.
-jamuan.
-program ditangguh/tamat/


seperti tahun-tahun yang sudah, pihak ma'ahad seperti biasa akan menjemput sohibus samahah yang berbahagia dato' majid omar timbalan mufti selangor

bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai program tersebut
bolehlah berhubung terus dengan pihak ma'ahad atau ajk ditalian:

mudir ma'ahad
ustaz haji nurhamim bin jaelani 013-3374459
ustaz rohaizad bin mustafa 012-3886906
mohd khider bin samuji 017-2907076
hud abdul rauf 019-2624196

sepintas lalu mengenai Tahlil Akhbar:

tahlil akhbar adalah tahlil yang dibaca bersama-sama ayat suci al-quran (dibaca secara hafazan oleh tuan2 guru)sehingga tamat(khatam), dalam pada masa yang sama,sebelum memulakan tahlil tersebut,pihak penganjur akan memulakan dengan membaca nama-nama arwah yang dikirim oleh peserta kemudian barulah disambung dengan bacaan ayat suci al-quran.

setelah selesai bacaan ayat suci tersebut,barulah disambung dengan bacaan tahlil.setelah selesai bacaan tahlil,nama-nama arwah akan disebut semula untuk bacaan doa.setelah selesai majlis berehat.

majlis disambung semula selepas solat maghrib dengan memperdengarkan ayat suci al-quran oleh para pelajar yang telah tamat pengajian sehingga solat isyak. setelah selesai solat isyak,para pelajar tadi akan diarak dari masjid hingga ke dewan.majlis disambung dengan sedikit ucapan dari mudir dan wakil ibubapa.setelah selesai,masjlis menjemput yang berbahagia memberikan sedikit tazkirah dan diakhiri dengan penyampaian sijil.majlis disudahi dengan jamuan dan bersurai....
beramai-ramai

Thursday, June 10, 2010

jemputan menyertai program alumni

sempena minggu alumni

pihak alumni Ma'ahad mengalu-alukan semua yang pernah bergelar pelajar Ma'ahad An-Nur
supaya dapat menghadiri majlis bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

pada semua yang berminat untuk mengetahui aktiviti yang akan dilangsungkan
bolehlah kiranya menghubungi pihak berkenaan:

Mohd Hud bin Abd. Rauf: 0192624196

Thursday, May 27, 2010

PERJUMPAAN ALUMNI 2010

PERJUMPAAN ALUMNI

PERJUMPAAN ALUMNI AKAN DIADAKAN PADA 12 JUN 2010 BERTEMPAT
DI PANTAI REMIS
JERAM, KUALA SELANGOR


WAKTU PERJUMPAAN SELEPAS SOLAT ASAR

ACARA

- PERJUMPAAN DENGAN RERAKAN
- PASTU ADE MAKAN-MAKAN SIKIT (BAKAR-BAKAR MACAM BIASE LA)
- MYB AKAN DI SAMBUNG KAT KAWASAN LAPANG
UNTUK PERBINCANGAN
MENGENAI TAHLIL AKHBAR
DAN PERJUMPAAN BESAR-BESARAN DENGAN
ALUMNI VETEREN

BAGI SAPE2 YANG BERMINAT BOLEHLE DATANG

FREE JE
MAKAN BAYAR KAT SANE
SAPE-SAPE NAK TANYE BOLEHLA TALIFON

MOHD HUD ABD. RAUF
-0192624196
MOHD KHIDER BIN SAMUJI
-017-2907076
-013-6071099

Wednesday, May 26, 2010

Janganlah Berburuk Sangka Kepada Allah

Para pembaca yang budiman, perlu untuk kita ketahui bersama bahwa ALLAH adalah Dzat yang maha sempurna, baik dari Nama, Sifat maupun perbuatan-Nya. Tidak ada satupun aib atau cela yang terdapat pada ALLAH.

Sebagai bentuk realisasi TAUHID, kita dilarang mengingkari nama dan sifat yang telah ditetapkankan oleh ALLAH Ta’ala. Kita wajib percaya dan menerima sesuatu yang telah ditetapkan ALLAH kepada para hambaNya.



Segala Sesuatu Diciptakan Dengan Hikmah

ALLAH menciptakan langit dan bumi beserta isinya, semuanya tentu mengandung hikmah yang agung dan tidak dalam rangka kesia-siaan.

ALLAH Ta’ala berfirman yang artinya, “Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya tanpa hikmah (hanya sia-sia saja). Yang demikian itu adalah anggapan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir itu karena mereka akan masuk neraka…” (Ash-Shood: 27). Termasuk tatkala ALLAH memberikan manfaat (kebaikan) atau suatu mudhorot (musibah) pada seseorang, tentunya hal ini juga mengandung hikmah yang agung di dalamnya. Subhanallah!

Untuk itu kita harus selalu berhusnuzhon (berprasangka baik) terhadap segala sesuatu yang telah ALLAH tetapkan kepada para hamba-Nya agar kita termasuk orang-orang yang beruntung. BERSYUKURLAH! BERSYUKURLAH! BERSYUKURLAH! SAUDARA SAUDARA KU SEKALIAN!!



Rahasia di Balik Musibah

Para pembaca yang budiman, tidaklah ALLAH menimpakan suatu musibah kepada para hambaNya yang mu’min kecuali untuk tiga hal:

Mengangkat derajat bagi orang yang tertimpa musibah, karena kesabarannya terhadap musibah yang telah Alloh tetapkan.
Sebagai cobaan bagi dirinya.
Sebagai pelebur dosa, atas dosanya yang telah lalu.

Su’udzon Itu Tercela

Su’udzon (berprasangka buruk) pada ALLAH merupakan sifat tercela yang harus dijauhi dari diri setiap orang yang beriman karena hal ini merupakan salah satu dari dosa besar. Sikap seperti ini juga merupakan kebiasaan orang-orang kafir dan munafiq. Mereka berprasangka kepada ALLAH dengan prasangka yang buruk dan mengharapkan kekalahan dan kehancuran kaum muslimin. Akan tetapi ALLAH membalik tipu daya mereka serta mengancam mereka dengan adzab yang pedih di dunia dan akhirat.



ALLAH berfirman yang artinya, “Dan supaya Dia mengazab orang-orang munafik laki-laki dan perempuan dan orang-orang musyrik laki-laki dan perempuan yang mereka itu berprasangka buruk terhadap ALLAH. Mereka akan mendapat giliran (kebinasaan) yang amat buruk dan ALLAH memurkai dan mengutuk mereka serta menyediakan bagi mereka neraka Jahannam. Dan (neraka Jahannam) itulah sejahat-jahat tempat kembali.” (Al-Fath: 6)

Adzab dunia yang akan diterima oleh orang kafir dan orang munafiq yang memusuhi ALLAH adalah berupa keresahan dan kegelisahan yang melanda hati mereka tatkala melihat keberhasilan kaum muslimin. Adapun adzab akhirat, mereka akan mendapatkan murka ALLAH serta dijauhkan dari rahmat Alloh dan dimasukkan ke dalam neraka jahannam yang merupakan sejelek-jelek tempat kembali.



Berprasangka buruk pada ALLAH merupakan bentuk cemooh atau ingkar pada takdir ALLAH, Misalnya dengan mengatakan “Sepatutnya kejadiannya begini dan begitu.” Atau ucapan, “Aduhh rezeki saya akhir-akhir ini merosot terus ahh? Lagi habis semuanya memang ..…” serta bentuk ucapan-ucapan yang lain. Banyak orang berprasangka buruk pada ALLAH baik yang berkaitan dengan dirinya sendiri maupun orang lain. Tidak ada yang dapat menghindar dari prasangka buruk ini kecuali bagi orang-orang yang memahami nama dan sifat ALLAH. Maka sudah selayaknya bagi orang yang berakal dan mau membenahi diri, hendaklah ia memperhatikan permasalahan ini dan mau bertobat serta memohon ampun terhadap prasangka buruk yang telah ia lakukan.



Jauhi Prasangka Buruk Kepada ALLAH

Sikap berburuk sangka merupakan sikap orang-orang jahiliyah, yang merupakan bentuk kekufuran yang dapat menghilangkan atau mengurangi tauhid seseorang. ALLAH Ta’ala berfirman yang artinya, “Mereka menyangka yang tidak benar terhadap ALLAH seperti sangkaan jahiliyah. Mereka berkata: ‘Apakah ada bagi kita barang sesuatu (hak campur tangan) dalam urusan ini?’ Katakanlah: ‘Sesungguhnya urusan itu seluruhnya di tangan ALLAH.’ Mereka menyembunyikan dalam hati mereka apa yang tidak mereka terangkan kepadamu; mereka berkata: ‘Sekiranya ada bagi kita barang sesuatu (hak campur tangan) dalam urusan ini, niscaya kita tidak akan dibunuh (dikalahkan) di sini.’

Katakanlah: ‘Sekiranya kamu berada di rumahmu, niscaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu keluar (juga) ke tempat mereka terbunuh.’ Dan ALLAH (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. ALLAH Maha Mengetahui isi hati.” (Ali-Imran: 154)



Perlu untuk kita ketahui bersama, berprasangka buruk kepada Alloh dapat terjadi pada tiga hal, yaitu:

Berprasangka bahwa ALLAH akan melestarikan kebatilan dan menumbangkan al haq (kebenaran). Hal ini sebagaimana persangkaan orang-orang musyrik dan orang-orang munafik. ALLAH berfirman yang artinya, “Tetapi kamu menyangka bahwa Rasul dan orang-orang mukmin tidak sekali-kali akan kembali kepada keluarga mereka selama-lamanya (terbunuh dalam peperangan, pen) dan syaitan telah menjadikan kamu memandang baik dalam hatimu persangkaan itu, dan kamu telah menyangka dengan sangkaan yang buruk dan kamu menjadi kaum yang binasa.” (Al-Fath: 12)
Perbuatan seperti ini tidak pantas ditujukan pada ALLAH karena tidak sesuai dengan hikmah ALLAH janji-Nya yang benar. Inilah prasangka orang-orang kafir dan Neraka Wail-lah tempat mereka kembali.

Mengingkari Qadha’ dan Qadar Alloh yaitu menyatakan bahwa ada sesuatu yang terjadi di alam ini yang di luar kehendak ALLAH dan taqdir ALLAH. Seperti pendapat Sekte Qodariyah.
Mengingkari adanya hikmah yang sempurna dalam taqdir ALLAH. Sebagaimana pendapat Sekte Jahmiyah dan Sekte Asy’ariyah.
Iman dan tauhid seorang hamba tidak akan sempurna sehingga ia membenarkan semua yang dikabarkan oleh ALLAH, baik berupa nama dan sifat-sifat- Nya, kesempurnaan- Nya serta meyakini dan membenarkan janji-Nya bahwa Dia akan menolong agama ini



Untuk itu sekali lagi marilah kita instropeksi diri, apakah kita termasuk orang yang seperti ini (orang gemar berprasangka buruk pada ALLAH) sehingga kita dijauhkan dari syurga ALLAH yang kekal? Kita berdo’a kepada ALLAH agar menjauhkan kita semua dari berprasangka buruk kepadaNya.



Wallahu a’lam.





***

Penulis: Abu Farhan Wali Sabara

Friday, March 26, 2010

SOLAT

Solat yang khusyuk menjadi idaman bagi setiap orang yang beriman. Nilai solat disisi Allah diukur dengan cara ditunaikan, sejauhmanakah dihadirkan kebesaran Allah dalam solatnya. Setengah ulama’ mensyaratkan khusyuk sebagai nilai diterima atau tidak solat seseorang. Bahkan kalangan mereka menyatakan batal solat orang yang tidak khusyuk daripada awal hinggal akhirnya.

Khusyuk merupakan amalan hati yang disertai dengan perbuatan yang mematuhi segala rukun-rukun dan syarat-syarat kesempurnaannya. Bermula daripada wudhuk, pakaian dan tempat yang suci daripada najis serta menutup aurat dan mengadap kiblat. Demikian juga cara takbiratul Ihram, berdiri, rukuk, I’tidak, sujud dan sebagainya.

Ibnu Abbas pernah berkata: “Solat dua rakaat yang ringan dalam keadaan yang berfikir dan khusyuk lebih baik daripada mendirikan malam dalam keadaan hati yang lalai”. Memperolehi solat yang hebat seperti ini memerlukan mujahadah yang berterusan kerana khusyuk ini bukannya sesuatu yang kekal pada mana-mana manusia. Ianya perlu diikat dengan kukuh dan dijaga dengan bersungguh-sungguh kerana khusyuk hari ini tidak menjanjikannya berulang pada solat yang akan datang. Antara caranya ialah membaca dan mendengar kisah orang yang Berjaya melakukannya sepanjang kehidupan mereka.

Nabi Ibrahim a.s apabila melakukan solat kedengaran daripada jauh degupan jantungnya dek rasa hebat kebesaran Allah. Saidina Ali r.a apabila masuk waktu solat berubah air mukanya dan menjadi pucat. Manakala Ali Bin Husain apabila dia berwudhuk maka menjadi pucat mukanya. Ahli keluarganya bertanya kenapa? Beliau menjawab: “Tahukah kamu, siapa yang akan aku mengadap?” Seorang ulama’ yang bernama Said at-Tanukhi apabila melakukan solat, air matanya tidak putus-putus mengalir hingga ke janggutnya sampai selesai solatnya.
Bagaimana solat kita? Moga Allah memberi kita kekuatan untuk bermujahadah bagi mendapatkan kemanisan ini. Amin

Tuesday, January 19, 2010




baru-baru ini pihk ma'ahad telah meng-upgridkan banyak kemudahan dalam bentuk pembangunan dan pengangkutan, serta menaik taraf pusat pengajian
dan menambahbaik tempat-tempat pengajian dengan menambah wakaf serta dewan makan yang baru.tidak terketinggalan juga, produk terbaru iaitu tempe sira(makanan ala jawa) yang telah di pasarkan di kawasan yang berdekatan

Tuesday, January 12, 2010

Salam,

banyak pengajaran yg boleh diambil dr petikan di bawah.

saya teringat satu kata2 seorang tua kepada saya bahawa rosaknya seseorang anak semuanya adalah disebabkan perbuatan ibubapanya sendiri. kemudian saya bertanya: tidakkah pengaruh luar rumah sangat menakutkan sekarang ini. inilah yang banyak mempengaruhi tumbesaran mereka? namun dia membalas dengan kata-kata: sesungguhnya ibubapanya lah yang membentuk ketahanan jiwa anaknya dalam berhadapan mehnah di luar sana.

ramai ibubapa mengatakan bahawa mereka telah berusaha mendidik anak2 mereka dengan baik dan tidak pernah mengajar anak2nya melakukan sebarang kejahatan. tetapi, tanpa sedari mereka jarang sekali membimbing anak2 bagaimana untuk berhadapan dengan cabaran dan dugaan hidup sebenar. sebenarnya, kebanyakan mereka mengajar anak secara "spontan", apa yang berlaku pada hari itu, itulah yang ditegurnya - itu sahaja!

soal kesuntukan masa bukan perkara utama. paling penting, bagaimana kita menggunakan masa berkualiti bersama anak2. ada anak2 yang cukup rapat dengan ibubapanya walhal ibubapanya sering keluar bekerja siang dan malam. antara cara yang digunakan ialah memberi perhatian akan kewujudan anak2 tatkala bersama walaupun sebentar. menyorokkan rasa penat (melayan karenah anak2) dan luangkan masa berbincang dengan anak2 walaupun ketika itu kita sibuk melakukan sesuatu kerja (contohnya semasa memasak atau menguruskan anak yg masih kecil) - iaitu buat kerja 2 in 1.

kadang2 bagus juga jika kita (saja2) bertanya pendapat anak2 tentang kerja kita di ofis. tujuannya agar mereka lebih memahami ibubapa - dgn anak sekecil 4 tahun pun boleh (tetapi pandai2lah kita memilih isunya).

satu lagi yang amat penting tetapi cukup jarang dilakukan oleh ibubapa terhadap anak2 remaja ialah belaian dan sentuhan. sebenarnya, sentuhan mempunyai kesan yang cukup mujarab dalam memberi ketenangan dan kepercayaan dalam diri anak2. walau sesibuk manapun kita, berilah pelukan atau sentuhan kepada anak2 setiap hari terutamanya diperingkat anak2 sedang meningkat remaja. Golongan bapa pun digalakkan melakukan perkara yang sama. jangan sekadar mengharapkan isterinya sahaja. mungkin kaum bapa boleh sekadar peluk2 bahu anak lelakinya (berjalan sambil membahu) atau membiasakan anak perempuan lentok di kepala lutut si bapa semasa duduk di kerusi - ini sekadar pandangan saya sahaja; kesan daripada melihat kejayaan ibubapa lain merapatkan diri anak2 kepada mereka

Wednesday, January 6, 2010

Sesungguhnya Allah SWT telah mengeluarkan kita melalui Islam daripada pelbagai kegelapan dan kesesatan menuju cahaya yang terang benderang. Dengan Islam Allah SWT telah menjadikan kita sebagai umat yang mulia dan perkasa, yang disegani serta menjadi rujukan oleh semua umat manusia. Untuk itu, kita mesti berusaha untuk menjadi umat yang seperti itu, dan kekal tetap seperti itu, kita harus beristiqamah dengan apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah kepada kita. Allah SWT berfirman:

“Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat-nikmat Allah yang dikurniakan kepadamu ketika kamu dahulu (zaman jahiliyah) saling bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hati-hati kamu lalu menjadilah kamu melalui nikmatNya itu orang-orang yang bersaudara.” (TMQ Ali Imran [3] : 103)

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, oleh kerana itu damaikanlah antara kedua-dua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” (TMQ Al-Hujurat [49] : 10)


Rasulullah SAW bersabda:

“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam saling mencintai, menyayangi, dan mengasihi antara sesama mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila ada sebahagian daripada anggota tubuhnya yang sakit, maka ia akan dirasai oleh bahagian anggota tubuh yang lain, yang membuatkannya gelisah dan demam.” (HR Imam Muslim dan Ahmad)

Rasulullah SAW bersabda:

"Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain, ia tidak menzaliminya dan tidak menyerahkannya (untuk dizalimi).” (HR. Imam Bukhari)

Umar bin Khattab RA berkata:

“Kita adalah kaum yang telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam, barangsiapa yang mencari kemuliaan selain daripada Deen Allah, maka Allah akan menghina kita.” (HR At-Thabari dalam tafsirnya 13/478)


Oleh yang demikian, simbol, pemikiran, atau konsep apapun yang diambil selain daripada Islam, maka ia sekali-kali tidak akan mendatangkan manfaat atau kekuatan bagi kaum Muslimin. Sebaliknya hal itu akan membahayakan dan memperlemahkan mereka. Dalam hal ini, dalil-dalil syara’ dan fakta-fakta yang ada telah membuktikan segala-galanya. Oleh kerana itu, kaum Muslimin wajib untuk tidak menerima atau mengambil simbol, pemikiran, dan sistem kehidupan apapun selain Islam, di mana Islam adalah yang pertama dan selama-lamanya.


Kaum Muslimin wajib menolak dan melawan setiap simbol, pemikiran dan sistem kehidupan selain Islam. Kaum Muslimin wajib mengambilalih kekuasaan (untuk menggantikan) para penguasa yang redha dengan simbol-simbol kufur dan pelbagai pemikirannya, serta mereka menerapkan sistem kufur dan undang-undangnya.

Oleh kerana keberadaan para penguasa ini tidak mendatangkan apa-apa selain kekalahan demi kekalahan, bencana demi bencana, kelemahan demi kelemahan, dan kehinaan demi kehinaan, maka kaum Muslimin wajib memuhasabah dan mengubahnya sepertimana yang Allah perintahkan, untuk mengembalikan sistem Islam dalam kehidupan di bawah pemerintahan seorang Khalifah, iaitu Khalifah yang dibaiat oleh kaum Muslimin agar menjalankan roda pemerintahan berdasarkan kepada Kitabullah dan Sunnah RasulNya, dan agar Khalifah itu memimpin kaum Muslimin di medan jihad dalam rangka membebaskan kaum Muslimin dan negeri-negeri mereka daripada kekufuran dan kaum kafir (yang memerangi mereka). Seterusnya menyatukan pula seluruh kaum Muslimin dalam Daulah Khilafah, yang akan membawa bendera risalah Islam kepada seluruh umat manusia, untuk menyelamatkan mereka dari kebusukan dan kezaliman sistem akal buatan manusia menuju cahaya Islam dan keadilannya.


Allah SWT berfirman:

“Barangsiapa mencari selain Islam sebagai Deennya, maka sekali-kali tidak akan diterima daripadanya, dan dia di akhirat kelak termasuk orang-orang yang rugi.” (TMQ Ali Imran [3] : 85)

Tuesday, January 5, 2010

Dari Nawwas bin Sam’an al-Anshari r.a katanya.”Aku pernah bertanya
kepada Rasulullah SAW tentang erti kebajikan dan dosa. Sabda baginda:
”Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan dosa adalah
perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau
sendiri segan sekiranya perbuatanmu itu diketahui oleh orang lain.”

(Muslim)